Dear all,
This is to inform that the sparring class is cancel for a week to allow the intensive Taeguek Senior Belt Training, upgrading to Black Belt.
l8r,
Tuesday, April 15, 2008
Monday, April 7, 2008
Sejarah Penubuhan Kelab Cemerlang
Kelab Taekwondo Dan Seni Beladiri CEMERLANG telah ditubuhkan pada 13hb September 2005.
Kelab CEMERLANG Taekwondo adalah sebuah kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia..Ia adalah sebuah Kelab milik penuh Bumiputra dimana hampir seratus peratus pelajar, tenaga pengajar dan pihak pengurusannya terdiri daripada orang melayu.
Sebuah kelab yang baru tetapi diterajui oleh jurulatih dan pihak pengurusan yang bertauliah dan berpengalaman dalam sukan taekwando.
Dalam jangkamasa setahun penubuhannya Kelab CEMERLANG telah berjaya membuka 8 cawangannya sendiri di Lembah Kelang dan berjaya mengelolakan latihan di Sekolah Setia Budi sebagai satu cabang ko-kurikulum sekolah.Kelab CEMERLANG juga didalam perancangan ingin memperluaskan pembukaan cawangannya diluar Lembah Kelang.
Sehingga kini Kelab CEMERLANG telah berjaya menarik seramai 200 orang ahli yang berlatih dibawah naungannya.Kelab CEMERLANG terdiri daripada murid sekolah rendah, menengah dan Mahasiswa Universiti tempatan. Pihak pengurusan Kelab CEMERLANG sedang berusaha untuk menarik lebih ramai lagi ahli untuk menganggotai CEMERLANG.
Walaupun mempunyai jumlah ahli yang kecil , tetapi dengan sokongan pihak pengurusan yang cekap, berdedikasi dan berpengalaman serta disokong oleh tenaga pengajar yang mahir dan berkualiti dalam sukan Taekwondo,Kelab CEMERLANG telah berjaya menempatkan dirinya diantara 10 kelab sukan Taekwondo yang terbaik di Malaysia.
Kemampuan Kelab CEMERLANG ini telah dibuktikan melalui pencapaian CEMERLANG didalam pertandigan Taekwondo yang telah dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo Malaysia dan Kelab – kelab Taekwondo di Malaysia.Pencapaian atlit CEMERLANG bukan hanya diperingkat kelab sahaja tetapi telah menjangkau hingga ke peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Great Offering
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
- Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan TAEKWONDO Dan Seni Beladiri di peringkat Kelab, Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta golongan belia,Institusi Pengajian Tinggi dan peminat sukan Taekwondo dan Seni Beladiri.
- Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan Taekwondo dan Seni Beladiri diperingkat kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa.
- Untuk menganjurkan pertandingan sukan Taekwondo dan Seni Beladiri diperingkat antara kelab-kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah,negeri dan kebangsaan maupun antarabangasa .
- Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan.
- Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa , kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.
Subscribe to:
Posts (Atom)